Wednesday, January 28, 2009

Dari email: Sindrom Anak Kedua

istimewa utk smua angah/ngah disana :)


Sindrom Anak Kedua, Bagaimana Ibu Bapa Menanganinya


Farid, anak kedua dalam keluarga. Sikapnya sukar difahami. Ada kalanya dia
mempamerkan sikap degil dan tidak gemar dikongkong. Tidak sekali terlintas
di hati ibu dan bapanya untuk membandingkan Farid dengan adik-beradiknya
yang lain tetapi perbezaan sikap yang ketara kadang-kala mencetus kemarahan
si ibu.


Masalah ini tidak sahaja dihadapi oleh pasangan ibu bapa Farid tetapi juga
kepada ibu bapa lain di seluruh dunia. Ia dinamakan Sindrom Anak Kedua atau
'The Second Child Syndrome'. Anak kedua dikatakan lebih degil, keras kepala
dan tidak mendengar kata.

Walaupun jarang masyarakat kita memperkatakan mengenai sindrom ini, mungkin
kerana kekurangan maklumat atau menyedarinya sebahagian daripada ragam si
anak, sedar atau tidak, hakikatnya ia turut membelenggu ketenteraman hidup
berkeluarga.

Sindrom anak kedua boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Mengapakah ia
terjadi dan apakah sukar untuk menangani kerenah anak kedua?

Kami cuba mengupasnya dengan bertanyakan pendapat pakar dalam bidang
berkaitan untuk menghuraikan lebih lanjut mengenai faktor penyumbang kepada
sindrom ini serta langkah mengatasinya serta pendapat ibu-ibu untuk
berkongsi pengalaman mereka.

Berlaku kerana kehamilan tak dirancang

- Prof Madya Dr Harlina Halizah Siraj Pakar Perunding Obstetrik &
Ginekologi

" Sindrom anak kedua ini terjadi kerana berlakunya kehamilan yang tidak
diduga atau tidak dirancang. Secara idealnya, kehamilan yang dirancang,
dikehendaki dan dihajati menjadikan seseorang ibu itu berada pada tahap
yang sangat baik," Prof Madya Dr Harlina Halizah Siraj, Pakar Perunding
Obstetrik & Ginekologi dan Ketua Wanita Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia
(JIM) Pusat

"Ini dapat dilihat kepada situasi di mana ketika isteri disahkan mengandung
cahaya mata sulung yang begitu dinanti-nanti selepas perkahwinan.
Kebanyakan pasangan suami isteri akan lebih teruja dan tidak sabar-sabar
menunggu kehadiran orang baru. Bagi isteri, inilah masa dirinya begitu
disayangi oleh suami dan ibu mentua. Sehinggalah tiba detiknya, kelahiran
anak pertama disambut dengan persediaan yang selengkapnya, penuh meriah dan
begitu diagung-agungkan.

"Wanita mengandung memerlukan persediaan bukan sahaja dari segi fizikal
tetapi juga dari sudut emosi dan spiritual. Ini kerana mereka akan
berhadapan dengan proses kehamilan yang lebih panjang dan juga proses
kelahiran. Dengan membekalkan diri dengan persediaan sebaiknya dapat
membantu para ibu menghadapi situasi lebih tenang dan bersedia.

"Masalah hanya akan timbul apabila pasangan yang tidak mengehendaki anak
dalam tempoh tertentu terutamanya selepas kelahiran anak pertama disahkan
mengandung terpaksa menerimanya dalam keadaan yang tidak bersedia.
Sayangnya pula, sebelum itu mereka tidak pula melakukan perancangan yang
sebaiknya bagi mengelakkan diri daripada mengandung. Akibatnya, ibu ini
akan melalui tempoh mengandung dengan penuh tekanan.

Tekanan pula boleh berpunca daripada pelbagai faktor termasuklah beban
kerja yang ditanggung dan kos kehidupan yang membebankan hingga menyebabkan
ibu berasa risau dan tidak tenang. Ada juga suami yang tidak begitu
bersedia untuk menyambut anak kedua. Malah kajian mendapati kadar
penceraian, keganasan rumah tangga dan kecurangan lebih tinggi ketika
isteri sedang mengandung atau melahirkan anak.

Ini menimbulkan kebimbangan kepada isteri yang juga menjadi faktor
penyumbang kepada perasaan tertekan si isteri.

Anak Kedua Lebih Fleksibel

- Dr HM Tuah Iskandar -Pakar Motivasi Three Extra Training & Solutions.

"Terdapat tiga kategori anak iaitu anak sulung, tengah dan bongsu. Anak
kedua jatuh dalam kategori anak tengah. Melalui kajian psikologi yang
dijalankan mendapati mereka yang berada dalam kumpulan ini merupakan
seorang yang fl eksibel, pandai membawa diri dan lebih berdikari. Bukan itu
sahaja mereka juga mempunyai kepercayaan diri yang tinggi dan keyakinan
diri terutamanya ketika membuat keputusan.

Namun di sebaliknya anak kedua ini seorang yang cepat terasa. Dapat
dilihat, kebanyakan ibu bapa akan membeli pakaian yang serba baru kepada
anak sulung sementara anak kedua akan memakai pakaian yang telah digunakan
oleh abang atau kakaknya. Perlakuan ini secara tidak langsung akan
membuatkan anak kedua ini berasa tersisih dan terabai.

Sikap 'sedar diri' ini membuatkan mereka mudah mengalah. Berbeza anak
pertama, mereka adalah individu yang berwawasan, bertanggungjawab tetapi
ego. Sikap ini secara tidak langsung boleh mempengaruhi anak kedua
menjadikan anak kedua ini lebih degil namun ia masih lagi boleh dikawal.

Percaya atau tidak, persekitaran ini menyebabkan anak dari kelompok tengah
ini gemar membuli adik yang lebih muda daripadanya," jelas Dr HM Tuah
Iskandar Pakar Motivasi Three Extra Training & Solutions.

Berdikari dan degil

Sambungnya di sebaliknya itu, kekuatan anak kelompok tengah ini ialah
mereka boleh berada dalam pelbagai situasi kerana suasana telah mendidiknya
untuk menyesuaikan diri. Malah melalui kajian yang diadakan menunjukkan
ramai anak kedua ini lebih berjaya kerana sikap mereka yang fl eksibel.

Sikap berdikari dan kedegilan yang ada dalam diri mereka semenjak kecil
dibawa sehingga memasuki alam pekerjaan menjadi faktor kepada kejayaan
mereka menunjukkan sikap yang sering dipandang negatif oleh masyarakat ini
juga membawa kesan positif. Manusia lahir dengan pelbagai karakter.

Misalnya mereka yang lain pada bulan Mac seorang yang mudah terasa,
sensitif dan penyedih. Oleh itu, jika ibu bapa boleh memahami, mereka tidak
akan mengeluarkan kata-kata keras kepada anak-anak walaupun tujuannya untuk
mendidik. Ini menunjukkan kajian psikologi boleh membantu ibu bapa dalam
memudahkan mereka memahami anak-anak.

Selain itu, biar bagaimana berbezanya karakter anakanak; degil, keras
kepala dan sebagainya, terima anak anda seadanya kerana setiap anak yang
dikurniakan itu mempunyai keistimewaan ter tentu. Secara logiknya juga,
setiap manusia akan berubah mengikut tahap perkembangan usia.

5 comments:

Mommy Harith Hannah said...

Thanks Ely!

wahh, mmg dah ader kajian ghopenya...

btw, mak kenal Dr Harlina nih.. baik orangnya... :)

~Umi.Sufira~ said...

Sufia kehadirannya sangat2 dirancang..ada kena syndrom ni jugak tak?kekeke..tapi takpelah syndrom anak kedua pon parents tetap sayang..kan kan..

Anonymous said...

Ammie arif anak ke 2. mmg mengalami Sindrom Anak Kedua tu...hopefully tak berlaku kat anak sendiri..hehehhehe...

thankz sharing the info..

Anonymous said...

wahhahaaa...janganlah ainin terkena sindrom ini..fenin pale ibu nanti...

Anonymous said...

Jgn ah Daneen pun terkena sindrom ni bile ada adik nnt