Sunday, May 3, 2009

Cuti Lama..

Memandangkan mama telah mendapat lesen besar daripada baba untuk pulang ke kampung berdua dgn Iris sbb baba kena kerja di hari Pekerja buat kesekian kalinya tahun ni, maka mama telah tidak mensia2kan peluang yang ada. Berbekalkan 2,3 bijik bag mama dengan tidak malunya telah menumpang pak Long untuk mengelakkan daripada membayar tiket bas @ tol @ minyak pulang ke kampung halaman.

Kepulangan kali ini amat meriah sebab semua ada, Pak Long & Co., Cik De & Co., Cik Kin (balik kejap je),Cik Akim Dan Mak Usu..dan sudah pasti atok Mak & atok Pak. Iris lah manusia paling happy sbb ramai kawan dan dapat lepas bebas daripada kongkongan si harimau mama. Dok asyik lah pusing taman naik motor, tak dengan atok Pak, dengan Cik Akim nya.. Mama langsung tidak dihirau kecuali time dia nak order susu!

Budak yang tak reti penat..

Adik Qaireen si mata besor pun da makin besor.. Besor bijik mata ajelah sbb badanya still slim shady. Bukan senang nak jumpe adik Qaireen sbb dia skrg dah jadik orang Bkt Merah Laketown Resort. Dia pun senasib ngan Abg Ipan & Kak Dina, atok yang jaga.. Siann dier.. ;(





Aktiviti wajib kami adik-beradik sudah semestinya, ngeteh di mamak. Stesen keretapi sudah lama out of list sbb dah tak syedappp..

Memandangkan cuti yang agak lama, maka kami telah membuat lawatan sambil menghabiskan duit a.k.a mengepaw belajar ke Kluang Mall yang ala2 tercanggih di Kluang setakat ini. Hmm.. boleh tahan sbb ada Su*shi King, Sec*ret Re*ci*pe & Big Ap*ple Do*nut di situ.. Kedai buku Po*pu*lar nya pun best..




Rombongan lawatan sambil belajarr..;p

Geng2 makan Jagung

Iris paw Pak Long nak main kat sini..

Walaupun mama tidak berjaya menjejakkan kaki ke M*P*H Ware*house Sa*le sebagaimana kawan2 lain di KL itu tapi mama telah berjaya jua menghabiskan duit membelikan Iris beberapa buah buku yang da lama mama carik. Mama jua berjaya menghasut 'seseorang' menghabiskan duit utk buku anak2nya yang tercenta..ah ah ah ah..

Buku2 untuk Iris

Buku2 kiriman oleh 'seseorang'
Ehem! Ehem!
Kalo nak buku2 tu, sila datang ke rumah dengan membawa buah tangan yea..;p



p/s: Mummy HnH, mama berjaya jua jumpe buku 365 BE dengan harga RM39.90 di situ.. owh..rasa mcm nak beli lagik buku tu!! arghhh...


p/s/s: Adakah kalian tertanya2 mcmana mama bole memblogging di hari2 cuti begini?? Owh.. ini adalah kerana abang serta ipar duai ku telah berjaya membuat rumah keluarga ku mcm cyber cafe. Lappy merata2 siap dgn sambungan internetnya sekali.. ah ah ah.. Mcmana lah, mama sorang yang takde lappy ek..huhuhu..









4 comments:

mama DINA said...

oit... kalau dina baca entry ni sure dia kecik ati sebab ko x mention pon pasal birthday dia.... atas rasa perihatin, baik ko edit balik....hehheheheh

Ealyie said...

Aku akan buat entry khas untuk Besday dia tu la kak wehh..
I'm busy rite now, harap maklom! ekekeke..;p

IntanSham said...

beb ko tak 'rindu' nak jumpe aku kah?? kahkahkahhh

mamaDhea said...

err, buku yg last skali tu utk aku kah? hehe..