Friday, August 21, 2009

Pengalaman Yang Tidak Dapat Mama Lupakan..

Rentetan dari 'sakit mata' yang mama sangkakan tempohari, rupa2nya petanda awal bahawa kornea mata kanan mama terkena jangkitan..

Setelah 3 hari tiada tanda2 untuk pulih, mama kembali merujuk ke klinik dan doctor telah mengeluarkan satu surat rujukan untuk mama dapatkan rawatan lanjut daripada Pakar Mata di Hospital Sultanah Aminah.

Sebaik sahaj pemeriksaan awal di unit kecemasan, mama telah DIPAKSA ditahan di wad untuk mendapatkan rawatan segera.. huhuhuhu.. sedih sangat bila mengenangkan mama terpaksa berpisah dgn anak2 terutamanya Faris.. Tetapi setelah mendengar bebelan doctor yang merawat mama lebih kepada cerita2 seram untuk pesakit yang melibatkan pancaindera penting, kalah keliwon hokehhhh mama akurr..

Sudahlah dipaksa, kemudian diasingkan pula.. nun mama telah diletakkan di hujung donia wad 5 Barat.. Malam pertama hanya mama keseorangan di situ.. Tidur?? Jgn mimpi lahh.. asyik teringat anak2 je kat rumah..

5 hari menginap di situ sambil menjalani rawatan yang telah ditetapkan, satu lagi dugaan melanda.. Pumping & Saving mama's ebm..!! Nasib ada fridge misi yang boleh mama tumpang berteduh.. simpan sementara menunggu baba datang ambil. Tetapi mama telah kehabisan botol2 dan terpaksa menggunakan botol air mineral atas desakan baba yang melarang mama buang susu perahan.. Mama juga telah menagih simpati dari Sayang_Ibu@Cikgu Vouge, Arisy21 & Mama Niza untuk mendapatkan supply liners n botol2.. Thanks a lots buddy.. Jasa kalian tidak akan mama lupakan sampai bila2..

Pemeriksaan hari terakhir, di mana doc telah mengeluarkan kata2 hikmat "awak da boleh diascharge hari nie..." membuatkan mama bergenang air mata sbb tak sabar nak balik.. Ye, sepanjang di rawat hanya baba sahaja yang pelawat tetap terpaksa..kalo tak mama melalakkkk.. Takpe, mama faham dengan keadaan H1N1 durjana itu, kehadiran pelawat mmg tidak digalakkan.. Mama sendiri yang terpaksa menginap pun sentiasa berdoa dihindari dari penyakit itu..

Terima kasih ucapan & doa dari kalian yang mama terima secara langsung@tidak.. Tidak lupa juga untuk baba yang terkejar sana-sini selama mama di rawat, atok mak yang sudi menjaga & membelai 2 cucu2 nya itu, kawan2 yang bertanya khabar serta Boss Besar Mama juga.. (maaf boss, terlupa pasal borang dari Jabatan Perangkaan tuu... :) )


p/s: Selamat menyambut Ramadhan al-mubaraq.. Ampunkan lah andai ada salah silap perkataan dan perlakuan mama selama ini terhadap kalian.. Semoga Ramadhan kali ini membawa 1000 keberkatan untuk kita.. Ameeen..



8 comments:

Farra Da Smiley said...

semoga cepat sembuh..setiap ujian itu pasti ada hikmahnya ...selamat bergendeng semula ngan faris..

~Umi.Sufira~ said...

Alhamdulillah syukur kau dah sihat.....maaf tak dapat nak membantu pape ye nyah! Semoga dugaan yang kau hadapi nih akan membawa hikmah yang besar dalam hidup ko...InsyaAllah..

P/S: Selamat berkepit ngan Faris semula yer..

Mommy Harith Hannah said...

Speedy recovery Ealyie!

Dan, selamat menyambut Ramadhan (err, xleh cakap selamat berpuasa, sebab lom leh puasa, kan?)! :)

Naza Sulaiman a.k.a Ajasu said...

ely, get well ya...sian nyer.. Ariys ada bgtahu...

mamaDhea said...

alhamdulillah dah kuar pon ko ek.. maap laa tak dapat jenguk at HSA.. klu admit HSI, mesti mak org pertama ko nampak bile bukak mata.. eceh..

apepon, semoga tabah menghadapai ramadhan.. eh, rasanya ucapan ni utk diri aku sendirik.. kahkahkah!

anyway, selamat meyambut ramadhan utk ko sekeluarga.. bak kata arnie, ko takleh pose lagik kan.. :D

Unknown said...

Syukur dah selesai semuanya.

Take care and have a good rest ok.

maya amir said...

take care dear:)..and slmt berpose.. sib baik leh pose kat umah..

Anonymous said...

Alhamdulillah, dah selamat sumenye..

Salam Ramadhan!!!