Wednesday, October 7, 2009

Kedai Buku Terapung

Kalian penah jumpa Kedai Buku Terapung? :)

Mama da jumpa semalam, malangnya semalam adalah hari terakhir. Dan lawatan kami ke sana adalah ihsan baba yg kononya nak buat suprise untuk Iris, nak ajak 'naik kapal'. Yela, dah nama mama & baba keja di pelabuhan, apa guna kalo takde pengalaman nak kapal kan? Hehehehe..nak naik cruise lom mampu.. ;)



Sedikit info berkenaan kedai buku terapung ini:

Kapal MV Doulos ni adalah kapal penumpang yang tertua & mempunyai kedai buku terapung yang terbesar di dunia.
Di bina pada tahun 1914, Doulos hanya 2 tahun lebih muda daripada Titanic!
Ianya dikendalikan oleh 320 orang pekerja sukarelawan yang mewakili lebih dari 45 negara yang berlainan.
Lebih 21 juta orang dari 104 buah negara telah mengunjungi kapal ini.
Doulos membawa setengah juta buku untuk penjualan pada harga yang mampu. 6 ribu tajuk buku-buku kesusteraan berkualiti termasuk pendidikan, pekerjaan, masakan, Christians, sukan dan koleksi buku kanak-kanak-yang bagus.

Pendapat mama, ianya satu pengalaman yang sungguh mengujakan. Bukan sahaja Iris yang tak pernah menjejakkan kaki ke kapal2 penumpang yg besar sebegini tetapi mama yang sudah hampir 10 tahun bekerja di pelabuhan pun tak pernah!!! KASIHAN kan..kan..

Harga buku2 yang di jual pun sungguh berpatutan kalau nak dibandingkan dgn harga di kedai2 seperti M*P*H @ H*A*R*R*I*S..mungkin pengecualian cukai kot. Apa pun, mmg berbaloi2 Deko! Deko! Deko! kalau semalam mama bawak wallet..isk..isk.. sengaja mama tinggalkan sbb nak dukung adik Faris debab. Tapi dapat la juga mama, baba & Iris membeli sesuatu semalam..dgn ihsan baba jua hendaknya.


Posing dulu sebelum naik kapal..

Besar kan? Iris bole main sorok2 dalam nie..

Hasil rembatan kami..Iris punya yg byk..

Mama punya.. :)Baba punya..:P
best woo kasut Beckham..
ada nama anak2 dia lagi.. ahahaha..
Mama baru tauuu..sadis..sadis..


Untuk maklumat lanjut..chewah.. Sila refer MV DOULOS. Kagum mama tgk krew2 kapal yang bekerja secara sukarela..



9 comments:

SIL said...

weh... kapal ni x singgah ker port klang ker... aku nak naik jugak...

jua said...

best gila!

ps: faris ada baju macam iris tu. sejibik. mak suka bebudak pakai baju gitu. pantang jumpa, mak beli.

~Umi.Sufira~ said...

Beb lenkali kalau ada lagi roger2 la aku di sini:)

Ealyie said...

Sil,
kak, setahu aku kan after ni dorg pi Port Klang.. ko check it out dlm website dia la..

Jua,
beb, cobak kau teka bape inggit selai baju2 tu.. ;P

~Yu.Es~
Insyaallah akan ku khabarinn.. ahaks..
btw, aku pun pi smlm da last day beb.. isk..isk.. byk sey buku2 yg mengancam donia kuu..

~ As ~ said...

agaknya terus dari KK ni... sept hari tu ada kat KK tp tak pegi sbb org kata dlm byk buku kr*st*an je... :-)

Ealyie said...

~As~,
a'ah dari KK rasanya.. btw, mmg byk tapi tidak le sampai 50% daripada buku2 yg ada dlm tu.. Pandai2 le pilih..
Berpinau bijik mata aku tgk buku budak2 kat situ As.. yela, kalo kt kedai sure da mahal..

Mrs Azarol said...

beb, lainnya muka pakai spec

DeeYa said...

bestnyerr... tang buku murah2 tu yang best saangat..

DeeYa said...

kalau ada lagi, bgtaulaa..