Monday, December 28, 2009

Anak Jantan Mama!!


Tajuk apakah itu???? Kah kah kah..
Mama lately mmg ada masalah nk bubuh tajuk dlm entry blog ni. So ikut suka-suki ndiri sendirilah..

Nak cerita pasal perjalanan pulang ke kampung sendirian ( lagi???????) dgn anak2 sahaja. Mencabar? Yea, sungguh mencabar. Masuk hari Sabtu lepas, da 3 kali mama memandu sendirian bersama itu 2 orang bodyguard bawah umur untuk pulang ke Kluang, yang memakan masa hampir 1 jam setengah perjalanan dengan pemanduan yang mengikut had laju yang di tetapkan ~bluekkk~

Iris secara automatic akan menjadi GPS bergerak bila mama memandu, dia tahu di mana letaknya stesen2 minyak, gajah durhaka yg kena sumpah jadik batu oleh ibunya, Tesco, Jusco, McDonalds etc..

Faris pula, akan menjadi pemerhati senyap PBB yang tidak akan dipanggil pulang bila salah undi ~hahahaha...:) Dia hanya akan menangis bila tiba2 terbangun dari lena yg panjang dan tiada sape nk ambik dan pegang dia..isk..isk..

Perjalanan pergi-balik yang tak berapa lama tu boleh jadik lama bila salah pilih masa perjalanan tapi itu lahh yang mama dok buat. Dah tau org balik cuti panjang, yang pi balik da nak maghrib tu sape suruhh..!! Konpem2 le hiway jammed. Yer.. sangat2 jammed @ heavy traffic tapi kalau kete masih boleh berjalan tu kira orait lerr..

Tapi yang sangat2 me'manic'kan (sukati ko je nk bubuh words apa ni ely oiii....) bila Iris da terjerit2 nak pee2.. Arghhhhhh.. Mama suh tunggu, layan dia sembang sbb hentian rehat sebelah lagi 5km nak sampai.. Tapi mmg nampak sgt dia tak boleh nak tahan. Salah mama jugak sbb awal2 lagi dia da bagitau nak pee2, cumanya mama malas nak berenti sbb byk sgt kereta kat tiap2 hentian yang kami da lalu. Harap2 dia dapat tahan hingga sampai ke rumah tapi dia tewas..huk huk huk.. Bila da terpekik suh bukak selt belt tu, hmm... (pendek akal jugak mama ko ni nak oi..) kepala mama tak henti2 pikir canner nak buat ni..
  1. Nak berenti tepi jalan? ~ owhh tidak, sangat2 bahaya ok..
  2. Nak suruh dia pee2 dlm diaper Faris, dlm bonet belakang la pulak..
  3. Hish..hish... canner ni???
Korang agak2 apa mama buat??

















































Pee2 dalam botol la kekdahnya!!!!! hehehehehe... (Baru jantan namanya... kah kah kah..)
Nasib baik mama ada simpan hands sanitizer dlm handbag..

p/s : Don't do this at home hokeh.. ;)
Lain kali kan Ely, kalo anak ko cakap nak kencing tuu, jangan le buat bodo.. Tak pasal2 kete ko jadik toilet bergerak anak2...

Pasni, mama nak buat rekod memandu pi bercuti ngan anak2 la pulak baru gerekkk.... kih kih kih..


Wahai anak, maafkan la kekhilafan mama mu ini yang mengabaikan panggilan semulajadi mu semalam..



5 comments:

SlingMeMama said...

anak jantan boleh la cing cing dlm botol.... anak pompuan... huhuhuhuhuh. pasai tu la anis ni masih berlampin. dia dah melopeh baru dibgtau nyer...

~Umi.Sufira~ said...

Anak pompuan koncing dalam botol..meleleh...ekekkee...

m-i-o said...

ya Allah! ealyie - kamu ini memang ibu yg kejam tau! :P

sabar ya iris - kalo makcik jadik kamu - makcik tarik je handbreak kereta tu. kencing mana bleh ditahan2 wooo :P

Anonymous said...

gerek seh...hehhehehe..

maya amir said...

hahahha..kencing dlm botol..mcm cite senario plak..heheh.. gerek seh!!! kekeke....btw happy new year:)