Malam tadi Iris kembali tidur dengan mama & adik Faris setelah beberapa malam bersama baba sahaja. Sebabnya baba ada tugas berkawal malam tadi..(perumahan kami sudah mewujudkan Rukun Tetangga & giliran berjaga malam). Tiba-tiba dalam pukul 12am, mama rasa badan Iris panas sangat2. Terus mama capai termometer dan check suhu.. hampir2 40'!!! Wahh.. mama panik! Ambik suppositori 250mg yang doc bekalkan hari tu n masukkan dalam montot Iris... Dia mmg tak suka kepalanya dijaram dgn tuala basah.. isk..isk..
Mama call baba suh balik segera, n kami bersiap ke HSI. Dalam jam 1am, kami sampai mama terus daftar dan tunggu giliran, syukur pesakit tak ramai sgt malam tadi. So, agak cepat jugaklah segalan urusan.. Suhu badan & tekanan darah Iris di periksa & paling mama tak suka tengok adalah darah Iris turut diambil untuk pemeriksaan lanjut.. huhuhuhuh.. Mama yang tua bangka ni pun tak suka kena drip apatah lagi anak mama yang sangat2 kecil ini.. Tapi Iris tak menangis langsung. Dalam menunggu dipanggil doktor, Iris ceria sahaja hanya ketidakselesaan kerana gatal2 mcm alergik.. Keputusan pemeriksaan darah, mendapati tiada apa2 jangkitan virus. Dan Iris hanya dibekalkan ubat paracetamol, ubat alergik & calamine lotion.. Hmm..
Iris, mama sangat2 risau nieh tapi mama tak boleh ambik cuti utk jaga Iris... Harap2 Iris akan terus sihat dan sihat lagi mcm selalu.. Mama janji akan belikan Thomas yang kat pasar malam macam Iris nak hari tu lagi kalau Iris sihat nanti yer sayang..
Mama Sayang Iris!
Dari mama yang di pejabat mengadap report yang perlu dihantar minggu ini;
5 comments:
iris tak kebah lagi ke? rileks je dia kena drip. kalah mak dia.
iris, ingat thomas yang mama janji tu. so kena makan ubat n cepat sihat.
semoga cepat sembuh ye iris....
alahai kesian iris.. semoga cepat sembuh.ya.. rajin2 makan ubat..
alah..siannye die.. moga cpt sembuh ye
beb, nape dpt calamine lotion ek? mcm takde kena mengena jek.. :D
anyway, how's iris skang nie?
Post a Comment