Standard la mak2 budak nak mengimbau kembali detik2 kelahiran cahayamata.. Lebih2 lagi cahayamata yang pertama. :D ngee
3 tahun lalu, ketika dan saat inilah, mama sudah berada di dalam labor room.. menanti dan menunggu detik2 kesakitan akibat dari kesan pengambilan ubat pencetus rese kelahiran induce. Setelah overdue seminggu dari tarikh jangkaan(EDD).
Hanya berbekalkan beberapa teguk air Milo tin dan tak sempat mandi bajet nak mandi time2 waktu melawat mama diusung ke dalam sana menunggu waktu,saat dan ketikanya
bersendirian.. ditemani jeritan & pekikan serta lolongan dan yang sewaktu dengannya oleh jiran2 katil bersebelah-belahan.
Tunggu punya tunggu, punya tungguu.. sampai pukul 3pm takde rasa apa2 lagi.. Wahh.. sungguh kebal rasanya sel2 diri yang tidak pernah tahu rasa macamana lah rasanya 'kesakitan' itu.. Mulut tidak berhenti berzikir meminta simpati dariNya untuk melalui saat2 getir itu. Terasa nyawa bagaikan dihujung tanduk, hidupkah, matikah, mampukah, retikah, betulkah.. ah.. ada 1001 'kah' lagi dalam pikiran mam ketika itu..
2,3 botol air di drip di tangan.. Haus?? Masyaallah.. Allah sahaja yang tahu betapa dahaganya tekak mama ketika itu. Panggil misi, bgtau haus.. bole ko dia kata..
Misi : "haus?? ni kita da masukkan berbotol2 air dalam badan awak, mana bole minum..."
Mama : " hah???? tak boleh minum kah??" Ya ampun misi.. air2 yang berbotol2 tu semua lalu urat tangan, tak lalu tekak.. Pernah ke ko haus, bagi tangan ko minum??? " huwaaaa...
Dugaan.. mmg betul dugaan.. Mama rengek2 jugak, akhirnya dapat jugaklah makcik misi ping pang pot pet tu hulur segelas air suam.. tu pun dia bagi minum seteguk jegh ko.. isk..isk.. rasa nak meraung pun ada.. Misi lesap, ku panjat katil tinggi tu capai gelas dan habiskan baki air tu.. Cehh.. Bukan aku mintak teh ais ka coke ka, makcik misi ni punnn... Takut nor aku membeser atas katil tu ehh... Nanti ko.. ahahaha..
Lebih kurang jam 4pm lebih, barulah sel2 dalam badan merasai kekejangan@kesakitan@keresaan@ dan 1001 macam rasa Kari Baba yang tak terungkap dek kata2.. Takpa..takpa.. lama lagi ko ni nak beranak.. 1 jam, 1 cm katanya.. Mungkin dalam pukul 10pm kang baru ko beranakkk... huhuhuhu.. Lamanya lagi nak tunggu, sakit ku ni da tak tertanggung..
Bila waktunya untuk 'membuang' salur@tiub dipasang.. errr MIO, part ni ek ko rasa hampeh.. ahahahah... Lain yang di salur, lain salur yang keluar.. ahahaha.. Time ni lah aku rasa mcm nak cakap.. Nah!! hambik ko, takut sangat eh aku membeser... ahahaha Tapi yang keluar dari mulut hanyalah..
'maaf ek misi, maaf.. saya tak sengaja... muhahahaha...'
Bukan mudah tetapi bukanlah susah sangat ku rasa.. tapi tetaplah sengsara yang seketika.. Hinggalah tepat detik jam dinding menunjukkan masa 728pm, itulah masanya 'si harta' bukan emas jua bukan permata tetapi dialah harta berharga, muncul jua.. Hilang terus rasa sengsara yang seketika itu..

*
*
*
1st Birthday
*
*
*
2nd Birthday
*
*
*
Now & forever..
Mama Love You...
Baba Love You...
Adik Faris Love You...
We're Love You Forever...
nota pisang kaki : Pasni untuk tahun2 hadapan, mama C&P sajork je bang entry nie.. ahahaha.. jenuh nak menaipnya.. ;p
8 comments:
bila teringat detik tu....oh bahagianya. sebab ape tau? sebab nurse tu baik, bagi aku minum air. hahahahha
happy birthday Iris...jom borong CD utk adik Faris kat blog akak :)
sumpah aku tak leh bayang ko panjat pi amik gelas air tu...
hehhehe..tak tahan gelak nyah baca cite nie...
happy birthday iris deary.. mintak kat mak hang beskal roda tiga ok.. ghahhahhahaha
iris kenteng....
HAPPY 3rd BIRTHDAY
dari paklong/maklong/dina/ifan
Salam Sis Ealyie & semua pembaca blog ni,
Saya sangat memerlukan jasa baik anda semua utk participate dlm survey saya.
Disamping itu, anda juga berpeluang memenangi 4Gb Kingston Data Traveler atau 250GB Maxtor External Hard Disk.
Sila layari:
http://emilayusof.com/2010/01/blog-survey/
atau boleh terus ke:
http://www.surveygizmo.com/s/187637/blog-evaluation
TQVM
-zu-
iris ooo iris...happy birthday. cakap kat mama no C&P for next year.
Post a Comment