Thursday, April 1, 2010

Kisah Semalam..


Jadual pemeriksaan kesihatan si Faris & Iris di KKPG, pukul 9am. Biasalah tgk parking penuh mcm selalu. Call baba tanya2 kot2 bole teman, tapi job tak siap lagi.. kalo sempat pun nak singgah kejap hantar bekpes Iris & mama.

Sekali depan bilik kecemasan, ramai orang beri tumpuan.. Ada seorang wanita ter'bersalin' dalam kereta depan pintu bilik tersebut. Baby tak sempat di sambut sebenarnya tapi sudah di ambil misi utk rawatan selanjutnya, manakala keadaan masih menarik tumpuan sbb cproses nak pindahkan wanita tu atas streacher. Wahh.. no plat baik punya! Ong maliiii... Tengok gaya mcm isteri si ahli bomba yang gagah berani menentang api dan menangkap si sawa mcm baru pulang kerja je gayanya.. hmm.. Alhamdulillah, mudah isterinya bersalin. Misi kata kepala baby mmg da keluar habis setiba di depan pintu bilik kecemasan tu.. Apa pun tetap kena transfer kes ke HSI lah juga kekdahnya..

Sambung belik ke tujuan asal, Iris dijadualkan utk mkn ubat cacing dan timbang berat manakala Faris hanya di timbang. Perkembangan berat ok dan memuaskan untuk keduanya. Konon nak merujuk ke bahagian kesihatan gigi pulak sbb da umo 3 tahun mama tak pernah lagi bawak Iris ke dentist. Kebetulan hari Rabukan semalam.. Tup2 rawatan pemeriksaan gigi kanak2 sudah di tukar ke hari Jumaat berkuatkuasa semalam!! Dang!!!! bengkek la sungguh, takkan nk datang lagi hari Jumaat..

Bgtau Iris,
'takpelah bang, lain kali mama bawak abang g dentist yerr..'

Sekali tu di jawap sang anak
'Abang nak jumpa doktor gigi jugakkk..mcm Mr Bean!!!!!'

Lorrrr.. anakku. Orang lain seriau takmo pigi, kau pula order mau pigi...
Mama yang bengkek layankan jugaklah permintaan si anak yang bersungguh2 nak g jumpe Dr Gigi nya.. di klinik lagi satu sepertimana dia request. Sekali nak daftar, misi mintak ic mama bila mama bgtau pernah dtg buat rawatan tah tahun bila ta mama pun tak hengat. Nak tahu bila last time ai buat pemeriksaan dental?? Tahun 2002!!!!!!!
Huhhuhuhu... lama gilors nyahhh...
Kalo tak kerana Iris nak pi situ, idak le ku tahu dah lama gigi ku tidak diperiksa.. huahuahua..







p/s: MA, hang punya idea la ni.. pi hantaq Adib kat dentist! :D

5 comments:

maya amir said...

aku sungguh kecut jumpe dentist ye...harap maklum...hahahaha

Crazee Choc's said...

ngilu dgr! disebabkan company cover... kadang aku pi gak ah.. pi ambik berus gigi n ubat gigi free!

Ealyie said...

Maya,
really?? ouch..ouch.. malulah ngan Iris!!! :p

Marisa,
syiok je aku dengar co.cover..isk..isk..
Haku nan ado!! :(

ena said...

hah da berkurun beb!!
sila la pegi jumpa dentist! wakakakaka...

walopun ku ngilu... pandang papan tanda klinek gg da ngilu... tapi ku gagahkan pegi jua tetiap tahun tau!! vangge vangge hahaha

Ealyie said...

ena,
vahhhhhh.. bravo! bravo! :p