Dah lama tak ke taman tasik Bukit Layang-layang. Memandangkan tahun ni tiada acara Pesta Layang2 yang diadakan sebagaimana tahun2 sudah, sunyi je rasa tempat nie.. Tup2 semalam petang, lepas ambil anak2 teruna dari rumah mama Shashanya, mama try-test-cuba-jaya memujuk baba untuk singgah ke situ sebentar. Bawak anak2 ambil angin petang.. Fuhh.. nasib baik baba setuju dalam paksa.. ahhh... nasib la kan, bukan kena bayo pun singgah situ..:p
Bila fikir2kan semula, betapa indahnya hidup dia bandar ( err.. bandar ke??? ) kecil seperti Pasir Gudang nie. Jalan tak jammed, ada masa untuk berlibur bersama anak2, nak pi pasar basah bila2 masa sahaja sbb pasar belakang Rumah!!! ahahaha.. Nak pi Jusco hari2 pon bolehh, apatah lagi ke Tesco.. Tak payah tunggu hujung minggu untuk melakukan aktiviti2 tersebut sebagaimana mereka2 yang tinggal bandar2 besar sana tu.. ;)
Oh ya, Pasir Gudang akan bergelar bandar tidak lama lagi apabila majlis pengistiharan akan diadakan pada 30 Jun 2010 nanti. Harap2 baba tak keje & boleh bawa anak2 menyaksikan pertunjukan laser & bunga api di Menara Aqabah nanti...hihihihi.. makanya Pasir Gudang kini sudah ada Majlis Perbandaran sendiri ;) Walaupun bukan bandar besar, dan hanya bandar perindustrian sahaja, tumpang2 happy jugak lah..
Dan paling yang tidak disangka2, pihak JohorLand akan mengadakan sekali lagi Pesta Layang2 Antarabangsa di Bukit Layang-layang!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! ngeh.. :D hihihih.. Agak2 kenapa yek?? Biarlah hanya mereka & keluarga mereka sahaja yang tahu. Makanya pecah rekod lah tahun nie, acara yang sama berlangsung 2 kali dalam setahun.
Dan semalam apa yang dapat kami lihat, persiapan untuk menjayakan 2 majlis besar itu sedang rancak dijalankan. Huh! adatlah, bila ada majlis barulah sibuk2 nak buat itu ini. Harap2 semua dapat disipakan on time jela.. Dari Bukit Layang2 hinggalah ke tepi2 jalan, pelbagai tugasan landskap untuk mengindahkan pemandangan di PG sedang dilakukan..
Apa pun, semalam mmg best! Orang2 majlis tengah sibuk buat keje namun pengunjung setia kawasan riadah ini tetap datang memenuhkan ruang untuk mengambil angin @ beriadah bersama anak2 & awek! isteri. Ngeh!

Nampak x gigi jumbo si Faris nie?? Besor & Jarang!! ihikss..
2 comments:
ewah2..perli org kl nampak? :p
muaz pon gigi jarang dan besar..total 8 dan suka sgt mengigit! adeiii
masa mula2 je jarang tu, sok-sok rapat la kot ^^ kiutnye dia, budak tu ke yg mak dia biar sampai tido kat lantai aritu? kekeke!
Post a Comment