Friday, July 2, 2010

Tips Menghadapi Kemalangan


Malang tidak berbau kan.. Bila kita berhati2, mungkin orang lain pulak yang cuai.. & sebaliknya. Apa pun mama nak share sedikit tips daripada pengalaman mama sendiri.
  1. Jangan panik!! ~ sbb panik tidak memungkinkan kita berbuat apa2 secara rasional dan hanya mengikut apa je org di sekeliling kita suruh buat itu ini termasuklah di tipu.. Ingat! mmg ada makhluk2 spesis ini, mencari keuntungan di atas kesusahan orang lain.
  2. Inform waris terdekat. ~ kalau isteri call la suami, kalau adik guna kete abang mcm mama call la abang tuan ampunya kereta.. Kalau anak, bgtau la bapak.. Just inform & minta guidelines gitu.
  3. Better ada simpan no telefon preference towing car/bengkel yang kita dah biasa, jgn sesekali bagi mana2 towing bodoh yang pasti akan menyusahkan hidup kita kemudian kelak yang tidak diingini. Ini biasa tejadi bila kita semua maklum, mereka2 yang sedemikian mmg jenis mencarik bisnes dengan cara ini..so kuatkan semangat & cekalkan hati jgn sampai tertipu dengan kaum2 seperti ini. Kalau boleh call bengkel mintak dorg suh tarik kereta siap2 masuk bengkel..
  4. Kalau kemalangan berlaku melibatkan pihak lain, sila catat no kenderaan yang terbabit. Skrg kebanyakkan org dah pakai henpon berkamera, sila ambik gambo mana2 yang patut & masuk dalam blog! ngeh..:p
  5. Buat laporan kemalangan di balai polis dalam masa 24jam selepas kemalangan.
  6. Sediakan dokumen2 penting seperti salinan ic, lesen memandu, cover note insurance@polisy insurance, salinan report & saman jika ada untuk tujuan tuntutan insurans.
Tambahan : Kita tak perlu keluar sesen pun di waktu2 begini sekiranya kita telah mematuhi syarat2 sepertimana yang tercatit dalam undang2.

Dan ini hanya boleh di lakukan sekiranya kemalangan kecil & tidak melibatkan nyawa.. Nauzubillahiminzalik..

Apa pun hati2 di jalanraya, bacalah doa setiap kali mahu memulakan perjalanan tak kiralah jauh atau dekat..


Ertinya:

“Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya. Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali!”

(surah Az-Zukhruf 13-14)



Ingatlah mereka2 yang anda sayang..Ngee..:D


Pesanan khidmat masyarakat daripada:

4 comments:

Lynn Nasir said...

betul tu, jgn panik! hehe..perkataan terbaek :DDD

mrsboan said...

calm down...calm down..x penah kena..risau gak ni..

Farra Da Smiley said...

now i know maksud doa yg kubaca itu =) tq dear

panik secara teori senang nak cakap, tpi kalau dah jadi memang kdg2 tak terkawal

tips utk mendapat 'tenang/tak panik', zikir sepanjang perjalanan

FAM said...

ku harapkan entry bergambar delicous color pepel tp xdok. bila nyahhh???