Subuh semalam bersamaan 2 Ramadhan, mama dapat sms dari sahabat lama mama memberitahu pulangnya bondanya tersayang ke rahmatullah.. :(
Tak dapat mama bayangkan kesedihan yang meninpa mereka tatkala kita baru sehari menyambut ramadhan.. Ya Allah.. Sesungguhnya tiada siapa yang dapat melawan ketentuanMu.
Mama meluangkan sedikit masa untuk pergi menziarahi jenazah & bertemu sahabat mama, iaitu Pn.Norhamiza Ahmad. Tak terluah dengan kata2 bila melihat keadaannya sedemikian.. zahirnya beliau tabah akan tetapi batinnya kita semua sudah sedia maklum.. Perginya bonda tercinta di bulan yang mulia ini.. Ya Allah.. Tabahkanlah hati mereka semua untuk menghadapi dugaanMu yang maha besar ini..
Arwah bonda beliau memang dikenali ramai penduduk kampung kerana dia adalah seorang tukang urut & mama sendiri pernah pergi menemuinya untuk mengurut.. Dan ada satu ketika, ketika Iris jatuh dari high chairnya, beliau jugalah yang mama carik bila Iris kelihatan sangat2 sakit akibat dari kejadian itu..:(
Sama2lah kita menyedekahkan bacaan Al-Fatihah kepada Arwah Mak Niah. Semoga roh beliau sentiasa dicucuri rahmat.. Al-Fatihah..

2 comments:
Al-fatihah...
semoga roh dicucuri rahmatNYa..
Al-fatihah..
Post a Comment