Sunday, February 6, 2011

Ku lihat Hijau Biru..


Selasa, 1hb Feb 2011

Kami memulakan perjalanan menuju ke utara tanahair untuk mengiringi Uncle Kiong menjadi Raja Sehari sahaja xbleh lebih2..:p. Majlis dijadualkan pada 3hb, tetapi kami berangkat lebih awal untuk mengelakkan terjebak di dalam kesesakan bersama2 orang2 Bandaraya yang mahu pulang ke kampung sempena cuti lama Tahun Baru Cina.
Inilah pertama kali, kami memandu sendiri ke sana. Sebelum2 nie, kami naik bas & tahu membuta sajerk! :p Maklomlah, ambik tarikh dekat2 cuti panjang memang xdan dah nak booking tiket apa jua jenis perkhidmatan awam. Tapi syukur juge sebab dengar2 banyak perjalanan keretapi dari arah Selatan yang terkandas akibat daripada kejadian banjir di selatan tanahair.. pheww.. Ni semua baba lah punya pasal sebab dia xbole nak decide awal bila dapat cuti dari officenyer.. Kalau tidak memang kami plan mahu naik train sahaja. Tapi kan dalam pada tu, ramai juga yang advise.. xyah la ko nek train.. Kang lama2 sangat dalam tu lagiiiiiiiiii ko bohsia buhsan!!! Ko bohsan xpe, anak2 bohsan??? Sape nak layan????
Sepertimana yang tercatit dalam entry ini, memang pada mulanya kami agak ragu2 juga..untuk memandu ke sana. larat ker? boleh ker? Maklom lah..selama2 hidup berumahtangga ni, den xponah laie poie jalan jauh2 mcm nie.. Sebab kampung den kek Kluang ajo.. In laws pulak, dopan mato jo!! hahahah.. Paling2 jauh pon den balik Muo, tu pon setahun sekali jo.. ekekekeke.. Sabo jelah ehh..
2 kali berenti rehat,makan & membuang bahan kumuhan di Hentian R&R Rawang & Hentian Sebelah Taiping, perjalanan selama 7 jam setengah selamat sampai ke destinasi. Makanya dengan ini Saya mengishtiharkan, saya kagum dengan Google Maps!!!! ahahahahah.. Mak sukerrrrrr.. Walaupun ada yg mempertikaikan tempoh masa perjalanan yang dianggarkan, kami telah berjaya membuktikan bahawa ianya adalah tepat. Ianya berkadaran dengan kelajuan & kadar kerehatan yang kami ambil di dalam perjalanan. ;)
Destinasi yg kami tuju adalah Homestay Pak Ajis, Kuala Ketil, Kedah..

psst...Fid, ko tau mana terletaknya 'rumah buruk' ini bak kata si Iris..;) ehehehehe.. 
Jangan marah naa.. :p

Sepanjang2 perjalanan bodak tu xrenti2 menanya, bilalah kita nak sampai 'hotel' ni mama.. Abang da punat nieh..isk..isk.. Mujor masa sampai dia da tdo.. ehehehehe.. Kalo x, jenuh nak tunjuk mana la swimming pool yang baba janjikan kat dia tuhhhhhhh...:D

Rabu, 2hb Februari 2011

Adalah hari untuk meronda2 sekitar kawasan kejadian..;) Memang xde niat nak menghala ke Sungai Petani lah sebab nak jenguk2 juge area kampung/pekan yang berdekatan. Dan adalah dinasihatkan kepada sesiapa yang belum memiliki Blackberry@Iphone 4 macam saya..uhuk..uhuk.. baik lah adakan sebijik GPS.. Benda tu adalah yang kedua berguna selepas handphones ye acik2 sekalian.. Selain GPS, GPS bergerak juga adalah sangat2 penting.. hahahahaha.. Nak tahu siapa GPS bergerak saya??? wink..wink.. Fid Yuitsumuni kita lahh.. hahahaha.. Maklomlah, kan ai datang area2 kampung dia.. so, rajen2lah bertanya sebelom sesat jalan.. Betoi dak Fid ehh..;)

Kami ke pekan Baling. Eh pekan ka?? Tah la nmpak gaya cam pekan.. ehehe.. Kebetulan ada pasar pagi di situ.. So ronda2lah apa yang ada.. Macam2 adoooo.. Tapi sebab kepanasan terlampau, tidaklah membelek2 sangat.. Mainan2 murah na kat situ.. 3 sploh hengget!! Baju seluaq pon  bule tahan murah juge.. Tapi satu je ku kesalkan, xbeli pon belacan tumbuk yang berlambok kat situ...huhuhuhuhu.. Boleh lupa?? Aisehh.. Nak cari ikan pekasam pon nan hado.. Silap tempat kot.. :( 

Memang terik cuaca kat sana.. Kami yang dari Johor tengah2 banjir sejuk hujan mencurah, memang temperature shock betui naa.. Yang tua2 ni bule la tahan, yang kecik2 tu.. haih.. takut demam je..:( Tak bule nak berlama2 sangat, balik la cepat2 ke teratak singgah kami semula..Menunggu acara yang kami tunggu2 keesokkan harinya..

Khamis, 3hb Februari 2011

Seawal pagi kami sudah bersiap sedia untuk mengiringi Uncle Kiong ke Majlis Pernikahannya.. Apa nama kampung, sorilahh ai lupa nak belek.. Sebab jalan ikut kete depan je jahh.. Mana dan dah nak baca sign board kiri kanan..:p
Majlis pernikahan diadakan dirumah Tok Imam sahaja disebabkan oleh keuzuran beliau.. Takpelah kan, janji semua selamat. Sebaik sahaja majlis akad nikah selesai kami terus menuju ke rumah penganten perempuan untuk majlis jamuan makan2 mengisi perut yang kelaparan.. Agak menarik bila kali pertama kami menikmati lauk-pauk yang belum pernah kami jumpa sebelum ini. Untuk perempuan kuat makan iaitu aku lerrrrrrr... itu ini nak di cuba makan & telan. Sedap xsedap belakang kira! hahahahah.. Huduh.. Tapi memang menunya lain dari yang lain pernah perempuan ini jumpe di majlis2 kenduri perkahwinan seumur hidupnya.. tauuuu...;) 

Plan asal, kami akan bertolak seusai majlis habis sebab ada tugasan yang menanti Baba di Pasir Gudang. Memang punah harapan aku nak berjinba2 mentekedarah di Penang!!! huwaaaaa... Nak join mereka2 di Bukit Merah Lake Town Resort pon xsempat.. huwaaaaa lagikkkkk... Aci lalu je tepi hiway Gunung Semanggol sambil menelepon mereka2 yang tengah sebok mengambil gambo si Jidin, anak si orang utan!! Tapi berlaku sedikit kelewatan dalam jadual tugasan tersebut..dapatlah kami bermalam lagi di situ & merancang untuk memulakan perjalanan pulang semula ke pangkal jalan seawal pagi Jumaat, 4hb Februari 2011..

Jumaat, 4hb Februari 2011




















































Balik lah apa lagikkkkk!!!!!!


p/s: 
Alhamdulillah perjalanan kami pergi & pulang selamat. Walaupun berlaku sedikit peristiwa yang agak mencemaskan tatkala perjalanan pulang iaitu..berlaku kemalangan betul2 di hadapan kereta kami dekat2 dengan Exit Senai Utara..  Syukur..syukur..syukur alhamdulillah kami tidak terlibat sama walaupun jarak hanya beberapa meter di hadapan kami. Itulah pentingnya mengambil jarak selamat ketika memandu di jalanraya ye kawan2.. Kita tak tahu apa yang ada di hadapan..hadapan kita.. Berdoa sebelum memulakan perjalanan agar perjalanan kita selamat.. Ingatlah orang yang tersayang!! :)


Eh!!!!
xde gambo ehhh.. ahahahah.. Ptot la len macam je entry aku kali nieh kan...kan.. :p
Nah mak tepek gambo voks mak that day ehh..

Detik2 terakhir sebelum bergelar suami..:)

Biruuuuuuuu...

Biru lagikkk & lagi & lagiiiiii..
psst.. cheq xpahem awat hang kepit baekk punya laki hang tu na..
Hang takut kaa laki hang kena kebas.. ahahaha..;)
Gurauan amalan mulia! :p




3 comments:

Anonymous said...

aku x tau kat mana homestay tuh sekian hahaha

aha pekan baling....

Ealyie said...

betoi2 depan sk kuala ketil nok..;)

Unknown said...

aku pun kalu berjalan jauh banyak tanya kat GPS aje la. nak harap BB ke iPhone ke, mak pun nan hado! haha.