Wednesday, April 13, 2011

Redha..

#ubat2tan yang bakal mengubah selera si penunggang kuda, si kecil mama..


Sudah masuk hari ke-5, dan kesihatan mama masih begitu.. Bermakna, sudah 5 hari juga perjalanan penyusuan Faris terganggu. Kasihan anakku.. Sampai termimpi2 mengongoi nakkan nenennya..:'(

Hari ke-6, mama ambil keputusan untuk bertemu Gynae. Nak harapkan sepital G, mungkin sampai tahap ketets mama hilang hagaknya baru dapat masuk Q waiting list gynae..pfft.. Tetapi bersangka-baik lah kan, ada yang lebih memerlukan gynae G daripada mama sendiri. Tskk

Gynae hospital P pun sekarang tidak kurang ramainya. Patientnya pon da ngalahkan KK. Tetapi disebabkan sistem yang lebih praktikal, mama redah untuk mencari yang terbaik untuk mama & Faris..:) Mama hanya perlu datang mendaftar dan pulang menunggu di rumah. Alhamdulillah, jarak hospital p yang tidak jauh dari rumah, memungkinkan mama berbuat sedemikian. Thanks CIB, kerana 'memaksa' aku ke situ ;)

Lebih kurang 3 jam menunggu (di rumah), mama mendapat panggilan. 'Giliran puan hampir tiba'. Jam sudah menunjukkan hampir pukul 1030malam. Hebat!! Belum pernah selewat ini mama ke klinik/hospital untuk mendapatkan rawatan. Anak2 yang sudah terlena, baba angkat perlahan2 masukan ke dalam kereta. Mama minta baba tunggu anak2 sahaja, xperlu masuk ke dalam sekali.

Gynae geleng2 kepala je bila kali pertama memandang keadaan ketets mama, 'kenapa dah mcm ni baru dtg?' Iskhh.. Mama terpempan sebentar. 'Teruk sangat ke Doc keadaannya?' Mama meminta kepastian. Dia kata mungkin akan ambil masa sehingga 2 minggu untuk pulih. :'( dan lebih lama lagi untuk pulih sepenuhnya.. *sob..sob..sob..* Dan, untuk meneruskan rawatan, Doc telah bagi mama untuk membuat keputusan yang agak berat untuk mama coretkan di sini.. Tsk tsk

Doc memberi pilihan, samada mama masih ingin meneruskan penyusuan atau sebaliknya. Kerana rawatan utk setiap satu pilihan adalah berbeza. Ya Allah..hanya Dia sahaja yang tahu apa yang bermain dalam benak mama ketika itu. Mama terkenang2 rengekan Faris setiap malam di tepi katil mama.. Walaupun sebelum itu, baba da beri keizinan andainya itu adalah yang terbaik utk mama, berhenti jela Ma.. Adik da besar. Nanti kita train dia 'minum yang lain..' Namun berat sungguh hati mama untuk menjawab persoalan Doc itu. Lagi 3 bulan jerr.. Ye, 3 bulan!! Tak lama mana lagi genap 2 tahun penyusuan si Faris Mirza mama nie. Apakan daya mama, kita diduga begini tidak disangka.. :(

Nak teruskan ok, tapi ambil masa lebih lama sbb dlm masa yg sama mama kena bertarung dengan masalah bengkak susu.. Tapi sebaliknya, Doc akan beri ubat untuk stopkan penghasilan susu, dan rawat lah apa yg perlu dahulu katanya. Dan kesan pengambilan terhadap penghasilan susu adalah ketara selepas ini. Samada Faris mahu menyusu semula atau sebaliknya.. Tsk tsk

Mama mengambil keputusan untuk..menghentikan penyusuan (sementara kalau bole) memikirkan 'kesakitan' yang tidak tertanggung. Maafkan mama Faris.. Maafkan mama.. :'( Insyaallah ada rezeki susu Faris, mama ikhtiarkan. :)

Punca sakit mama? Besar kemungkinan alergi ubat pertama yg mama sapu hanya untuk merawat nips crack yg mama alami. :( kemudian bertukar ubat sapu yang kedua dari klinik yang sama. So kepada ibu2 menyusu di luar sana, silalah mendapatkan rawatan daripada yang pakar sahaja untuk merawat apa jua sakit berkaitan penyusuan dan sakit puan. Jangan gadaikan kesihatan semata2 kekangan kos rawatan yang tinggi. Benar kata CIB, duit bole carik beb, tapi bukan kesihatan.. Thanks again beb.

Dan terima kasih kepada kawan2 yang mendoakan kesihatan dan bertanya khabar mama di sini.. Terima kasih semua! :) Doakan mama kembali pulih seperti sediakala.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

5 comments:

Nieza Ishak said...

Rupanya dah teruk ek beb?
takpe la tawakal ... ko doa jerk la lepas habis treatment nanti ... susu back to normal .

kalo tak pun ko dah buat habis baik, yg penting kesihatan kita yang diutamakan nanti sapa pulak nak hadle suami & anak2 ...

take care beb ... ;)

m-i-o said...

mak oiiiii sakitnya wehhhh.

aku sokong ko stop nenenkan faris. jgn rasa bersalah ok? menyusukan anak tu bukan bermaksud utk membebankan omak, maka kalau sampai memudaratkan ko, stop saje.

klo masih rasa bersalah jugak, ko beranak je lagi satu - hehehe - kira tebus penyusuan 2 tahun tu la. hahaha. jangan lempang aku.

ok, aku doakan ko cepat sembuh. ketets tu nak pakai lama. mesti pakai bra pun sakit NM kan? ya Allah, tak pasal2 ketets aku pun tetiba berdenyut sama.

Unknown said...

ely,

seramnya aku baca.. ya allah, sembuhkanlah sahabatku ely ni.. bagilah dia mudah beribadat kepadaMu..

ely, jangan sedih ye..

mamaDhea said...

beb, jgn sedih2.. ko dh buat yg terbaik kan kan.. better rawat dulu ketets ko drp melarat jadik lain plak kang.. faris mesti paham punya.. kan faris kan.. moga ko cpt sembuh ek..

Min Aina Ila Aina said...

Kesiannya kat dua-dua ibu dan anak. Sakit fizikal dan sakit emosi. InsyaAllah Faris akan jadi lebih cekal dengan fasa ini.