Monday, June 6, 2011

Jatuh dan Lebam!

Lebam!

#kesian anak mama, belum pun sehari ditinggalkan abg Iris selasa lepas, dah lebam pipi!! Mujur tak kena mata.. :( Tersembam sendiri katanya.. Hmm..
Ntah la, mama nak percaya pon salah tak percaya pon salah, serba xkena jadiknya.
Memula lebam juga dan dah dituam tapi kemuncaknya hari Jumaat bengkaknya makin teruk. Ke klinik la kami.. Doktor mengatakan sudah terkena jangkitan. Tu sbb bengkaknya agak teruk. Kalau xsurut dlm beberapa hari, kena ke hospital la pulak.. :'( Mama takut retak tulang je tapi Doktor mengesahkan ​‎​انشـــــاء الله tidak begitu. Ikut2 dah hampir seminggu jugak la kejadian tu berlaku.

Sebagai ibubapa, pastilah mama rasa xbest bila perkara sebegini berlaku ketika di dalam jagaan babysitter kan.. Tapi tula, org kata malang tak berbau. Faris pon mmg lasak budaknya. Doa mama semoga perkara2 begini tak akan berlaku lagi di masa depan. Maklomlah, ada sebab mengapa mama masih letak Faris di rumah baby sitter dan bukan di taska mcm Abg Iris. Biarlah mama terpaksa berkorban sedikit utk memastikan kebajikan anak2 mama terjaga baik.

Kepada babysitter tu, mama da cakap elok2.. Mama xmahu benda2 'kecuaian' bodoh menimpa anak mama, apa yang dah berlaku mama dah redha. Semoga anak2 mama sentiasa berada di bawah lindunganNya.. ~Ameen~

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.