Bagaimanapun, sedarkah anda bahawa perbuatan mengorek telinga itu boleh menjejaskan kesihatan telinga dan dikhuatiri boleh memudaratkan pendengaran?
Tidak kiralah sama ada anda menggunakan putik kapas, pengorek telinga diperbuat daripada besi, pin, kunci kereta atau apa saja bahan untuk mengorek atau mengeluarkan tahi telinga, hakikatnya, perbuatan mengorek telinga memang tidak perlu dilakukan. Ini kerana, tahi telinga mampu bertindak sebagai pelindung sama ada terhadap serangga mahupun debu kotoran.
Pakar Telinga, Hidung dan Tekak di sebuah pusat perubatan swasta di ibu negara, Dr Aminuddin Saim, berkata dalam keadaan normal, tahi telinga akan keluar sedikit demi sedikit kerana lapisan kulit telinga mempunyai mekanisme yang akan mengeluarkannya secara berterusan. Justeru, beliau berkata, anda tidak perlu mengorek telinga atau mengeluarkan tahi telinga dengan bahan yang sering kali digunakan untuk tujuan itu.
"Apabila tahi telinga itu sudah terkeluar dan terlihat, anda boleh membersihkannya tetapi jangan
pula mengorek telinga dalam-dalam kerana ini boleh menjejaskan kesihatan telinga anak anda," katanya ketika ditemui, di ibu negara, baru-baru ini.
Dr Aminuddin berkata, korek telinga bukan saja tidak perlu dilakukan di kalangan kanak-kanak, malah setiap individu tidak sepatutnya mengorek telinga . Beliau berkata, lazimnya, ibu bapa menggunakan putik kapas untuk mengorek telinga anak-anak mereka tetapi bahan itu boleh menyebabkan tahi telinga semakin terbenam, melecet atau luka pada kulit telinga dan putik kapas tertinggal di dalam telinga. Katanya, ada juga yang mengorek telinga dengan
pengorek telinga diperbuat daripada besi dan ini lebih berbahaya kerana ia boleh menyebabkan luka dan dikhuatiri boleh tertembus pada gegendang telinga dan seterusnya memudaratkan pendengaran.
"Mengorek telinga memang boleh menyebabkan seseorang menjadi khayal kerana telinga mempunyai banyak saraf dan ia begitu sensitif. Justeru, mengorek telinga kadangkala menjadi amalan atau tabiat seseorang.
"Sebaik-baiknya hentikan amalan itu kerana dikhuatiri boleh menjejas atau memudaratkan kesihatan telinga, terutama gegendang telinga", katanya.
Dr Aminuddin berkata, tahi telinga ialah satu bahan di dalam telinga yang terdiri daripada serumen (lilin telinga) iaitu kelenjar yang dikeluarkan oleh telinga. Katanya, hasil campuran keretin, debu, kotoran, lelemak dan bulu telinga akan membentuk tahi telinga. Dr Aminuddin berkata, tahi telinga boleh dibahagi kepada dua jenis iaitu keras dan lembut dan sebahagian besar masyarakat Asia mempunyai tahi telinga jenis keras. "Keras atau lembut tahi telinga bergantung kepada faktor genetik dan lelemak yang terkandung di dalam tahi telinga," katanya.
Beliau berkata, tahi telinga bertindak sebagai pelindung kepada telinga anda kerana lendir atau
cecair yang terkandung di dalamnya boleh menyebabkan debu terlekat, kesukaran dimasuki serangga dan mengelakkan jangkitan serangga. Sehubungan itu, beliau menasihatkan ibu bapa supaya tidak mengorek telinga anak mereka dengan apa juga bahan kerana bimbang ia boleh menyebabkan luka dan kurang ketahanan untuk bertindak sebagai pelindung. "Telinga yang terluka akan mudah ditumbuhi dan dijangkiti kulat serta bakteria. Selain itu, amalan mengorek telinga juga dikhuatiri boleh menyebabkan kerosakan pada gegendang telinga," katanya. Bagaimanapun, Dr Aminuddin berkata, ada segelintir individu yang mengalami masalah tahi telinga tidak terkeluar dengan sendiri dan keadaan ini dikenali sebagai keratosis obsturans. Katanya, mereka yang
mengalami masalah ini perlu berkunjung ke hospital untuk membolehkan pakar telinga, hidung dan tekak mengeluarkan tahi telinga.Lazimnya, telinga pesakit akan dimasukkan ubat titik atau minyak zaitun bagi membolehkan doktor menggunakansejenis alat bagi menyedut tahi telinga mereka.
Kanak-kanak yang mengalami masalah itu selalunya akan berasa tidak selesa dan kurang mendengar kerana tahi telinga mereka keras dan tidak terkeluar sebagaimana dalam keadaan normal. "Bagaimanapun, keadaan seumpama itu amat jarang berlaku kerana lazimnya, tahi telinga
akan terkeluar dengan sendiri," katanya.
HANYA TAHI HIDUNG YANG PERLU DIKOREK SETIAP HARI"
*peace*
3 comments:
Salam. Blogwalking sini. Jemput dtg ke blog saya
Mama-iloveu.blogspot.com
OOOoooo
ilmu2 :)
[p]Saying that I use for a few days after the cleaning power of the brush is quite satisfactory . Unfortunately, I have to conclude that Clarisonic is just not the miracle cure that my skin was hoping for . This helps to unblock skin pores and prevent skin disorders such as acne . It is premium priced, But what makes it worth is Clarisonic Mia 2 . R e l a t e d a c c e s s o r i e s t h e C l a r i s o n i c M i a w a s h b r u s h
F o r s e n s i t i v e s k i n b r u s h h e a d
R e m o v e a c n e , a c n e b r u s h h e a d
D e e p p o r e c l e a n s i n g b r u s h h e a d ( o p t i o n a l D e e p P o r e )
F r a g i l e s k i n s p e c i a l b r u s h h e a d ( o p t i o n a l D e l i c a t e S k i n )
T h e n e u t r a l s k i n b r u s h h e a d ( S e l e c t N o r m a l S k i n )
C l a r i s o n i c P L U S s t r e n g t h e n e d v e r s i o n - s p e c i f i c [url=http://www.clarisonicmiastoree.com]clarisonic[/url] e x t e n s i o n h a n d l e . Introduce your this kind of Clarisonic Brush can be said that the sold to the world out of stock wash [url=http://www.clarisonicmiastoree.com]clarisonic canada[/url] a face to Brush, because the United States name show host oprah winfrey in program remarkably does not say, Clarisonic Brush is her favorite one of the products, cause the Clarisonic Mia Sonic Skin Cleansing System sells to out of stock . It is six times more than the cleanser and makeup remover cleaning effect, and even together with clean water, can also be cleansed face makeup . But people should be careful not to over use the complementary elements . While using the Clarisonic Mia or perhaps Clarisonic Vintage plant, brings about simpler and also clean epidermis, and also permits bothered epidermis to recoup.[/p][p]Summary:- Learn about how to make your skin free from oil, dust or dirt particles, and other impurities . 茂禄驴Clarisonic Mia just a matter living a healthy lifestyle and cleansing regularly
Clarisonic [url=http://www.clarisonicmiastoree.com]clarisonic mia 2[/url] Mia will never happen to me . 6 0 s e c o n d s c l e a n s k i n , w a s h y o u r f a c e T r i l o g y - 2 0 s e c o n d s t o c l e a n t h e f o r e h e a d , 2 0 s e c o n d s t o c l e a n t h e n o s e a n d c h i n , a n d 2 0 s e c o n d s , r e s p e c t i v e l y , c l e a n i n g c h e e k s , s i m p l e a n d e a s y t o o p e r a t e . It is premium priced, But what makes it worth is Clarisonic Mia 2 . Also, your moisturizer or anti aging cream will be more effective as it will be more easily absorbed by the skin . Clarisonic is also recommended for teenagers . For people each involves regarding your special health or the healthiness of your infant, You should meet with a physician or maybe the other types of doctor . Since the skin is totally cleansed and rid off impurities, the moisturizer is very easily soaked up into the [url=http://www.clarisonicmiastoree.com]clarisonic outlet[/url] skin.[/p]
Post a Comment