Semalam mama cuti sbb nenek tak sihat. Kebetulan bercuti mama bawak Iris pi check-up kat Klinik. Berat : 9.9kg (naik 500gram dlm masa 3 bulan) Kebolehan berjalan : Masih takut2 lagi nak menapak Kepetahan mulut : Mmg kuat ngomel tapi ikut bahasa dia la.. cuma yg jelas perkataan "MAMA" bila nangess.. Tapi semalam nak kata sedih pun ada, kelakar pun ada.. Dalam ramai2 budak yg agak2 sebaya ngan Iris, badan Iris lah yg paling besar. Tetapi kebanyakkannya, malah boleh kata semuanya lah dah boleh berjalan.. ada tu baru seminggu baru pandai dan tengah kemaruk nak berjalan jer.. Tapi anak mama nie tetiba boleh jadi Good Boy duduk je diam2 makan roti mama suapkan sambil2 nak tunggu giliran. Hehehehe.. dah agak2 lama sikit tu, tetiba je dia nak turun dan memapah2 cm ajak mama jalan2.. Terkengkang2 la anak mama bujang sorang nie..selalunya kat rumah mmg dia berat2kan je kaki dan montot dia kalau mama@baba nak ajar dia bertatih.. iris..iris.. Lagi satu nak berkawan jugak rupanya anak mama nie.. biasanya dia lebih suka buat perangai malu2 tapi mahunya..arini lain pulak perangainya. Lepas g klinik, Iris temankan mama pi customer service Astro sbb nak check nape astro umah kita tak bole access. Rupa2nya, mama sudah dipedajalkan sama itu 2 ekor budak yang tak boleh harap.. Depa pi download smart kad atok pak kat decoder astro umah kita, pastu bila dah tak boleh depa pakat tutup rahsia.. hampagas punya bapak budak n budak2! ( harap2 sesiapa yg berkenaan, sila2 lah terasa yek...! ) Nasib baik, mama tak marah2 org astro tu kan Ris...
No comments:
Post a Comment